FAEDAH MEMBACA SURAT KHABAR

Faedah Membaca Surat Khabar

Membaca surat khabar banyak faedahnya .Sikap suka membaca surat khabar harus ditanamkan di dalam diri semua orang kerana ia adalah sikap yang terpuji.Ia dapat menjadikan kita orang yang berpengetahuan.

Dengan membaca surat khabar kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan .Dengan ilmu pengetahuan yang kita perolehi daripada membaca surat khabar dapatlah di gunakan di masa depan.Tidaklah kita menjadi seperti katak di bawah tempurung .

Surat khabar dapat menjadi penghubung antara kita dengan luar negara atau dalam negara. Ini kerana ,dengan membaca surat khabar kita dapat mengetahui pelbagai kejadian yang terjadi di luar dan dalam negara tanpa perlu ada di tempat kejadian.Maka dapatlah kita mengetahui perkembangan dalam dan luar negara. .Kita juga dapat mengetahui kesusahan atau kesenangan negara lain dengan hanya membaca surat khabar.Dengan itu kita dapat membantu meringankan beban negara. lain yang berada dalam kesusahan .

Selain itu dengan membaca surat khabar kita dapat mempelajari perdendaharaan kata yang baru.Kita juga akan dapat mempelajari banyak perkataan –perkataan yang selama ini kita tidak pernah dengar .Dalam masa yang sama kita dapat meningkatkan kemahiran penulisan dan perbendaharaan kata kita . Dengan penbacaaan yang banyak kita dapat membuat karangan yang baik .Sebagai seorang pelajar , amatlah digalakkan untuk selalu membaca surat khabar STAR dapat menjadi pelajar yang berpengetahuan yang luas.

Di samping dapat mengetahui isu-isu semasa tentang dalam dan luar negara , kita juga dapat mengetahui tentang dunia hiburan .Hiburan tidak terlalu penting telah ianya adalah untuk pengetahuan am tentang artis-artis tanah air dan pelbagai lagi tentang dunia mereka . Ianya hanyalah untuk hiburan kepada kita .

Dengan membaca surat khabar juga dapat mengisi masa lapang kita . Membaca surat khabar adalah lebih baik datripada melepak atau melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Membaca surat khabar dapat merehatkan sebentar otak kita selepas mengulang kaji pelajaran.

Membaca surat khabar banyak faedahnya .Kita mestilah selalu membaca surat khabar agar tidak menjadi katak di bawah tempurung .Surat khabar juga adalah ilmu .Bah kata orang-orang tua dahulu ,” carilah ilmu hingga ke negara China .”Dengan membaca surat khabar kita tidak perlu ke negara China tetapi hanya perlu duduk di kerusi dan kita dapat mengetahui perkembangaan dan ilmu-ilmu di negara itu.